WASIYYAH SHOPPE…
Produk dan Perkhidmatan Yang Ditawarkan oleh Wasiyyah Shoppe:
- Khidmat Rundingcara (Consultation) Peribadi Perancangan Harta Secara Syariah.
Pelanggan yang berminat boleh mendapatkan khidmat nasihat PERCUMA mengenai strategi terbaik bagaimana mereka boleh merancang harta mereka mengikut struktur keluarga, komposis harta dan yang paling penting perancangan harta mereka mestilah mengikut HUKUM SYARAK.
- Perkhidmatan Penyediaan Dokumen Perancangan Harta Secara Syariah
Wasiyyah Shoppe menawarkan produk dokumen perancangan yang inovatif seperti Dokumen Wasiat Islam, Dokumen Perlantikan Wasi, Dokumen Hibah, Dokumen Amanah dan Dokumen Harta Sepencarian.
Melalui produk-produk ini, anda boleh menetapkan siapakah di kalangan waris atau bukan waris yang akan menerima harta-harta anda serta bagaimana harta ini akan diuruskan.
- Perkhidmatan pengurusan harta pusaka Al-Wasitah
Al-Wasitah ialah produk pengurusan harta pusaka secara Syariah yang pertama di Malaysia. Dengan melanggan Al-Wasitah, apabila berlaku kematian ke atas pelanggan, waris akan dibantu selangkah demi selangkah untuk menyelesaikan proses tuntutan harta pusaka secara PERCUMA.
- Perkhidmatan Proses Tuntutan Harta Pusaka Orang Islam
Anda mungkin telah kematian waris yang tercinta seperti ibu, bapa, pasangan, anak-anak dan adik-beradik tetapi masih bingung dantidak mengetahui apa yang mesti yang dilakukan untuk menuntut harta pusaka mereka seperti rumah, tanah, akaun tabungan, akaun tabung haji dan sebagainya? Hubungilah kami dan kami sedia untuk membantu anda. Di dalam keadaan tertentu, anda mungkin dapat menerima perkhidmatan ini juga secara PERCUMA