1. Dokumen Perlantikan Wasi
Fungsi- melantik orang yang boleh dipercayai sebagai wasi (pentadbir)
Tanggungjawab Wasi-
- menjelaskan hutang si mati
- memungut hutang si mati
- mengumpul harta pusaka si mati
- mentadbir harta pusaka si mati
- mengagih harta si mati
- mewakili waris yang tidak hadir semasa bicara kuasa
2. Dokumen Wasiyyah 1/3
Fungsi- Memastikan harta yang ingin disedekah untuk tujuan amal jariah terlaksana sebelum pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid.
3. Dokumen Hibah
Fungsi- Memastikan harta yang diberikan kepada orang tersayang diterima tanpa boleh dicabar oleh waris lain
Manfaat Hibah-
- Waris tidak boleh mencabar harta yang telah dihibah
- Dokumen dibuat semasa hidup tetapi pertukaran hakmilik dibuat selepas kematian
- Harta boleh diberikan kepada bukan waris tanpa boleh dicabar
- Harta yang dihibah terkeluar dari harta pusaka
- Pewarisan harta lebih jelas
- Proses turunmilik lebih cepat
4. Dokumen Pengisytiharan Harta Sepencarian
Fungsi- Melindungi hak pasangan sebelum pembahagian harta dibuat mengikut hukum faraid.
Maksud Harta Sepencarian- harta yang diperoleh oleh pasangan suami isteri secara usahasama.
5. Dokumen Amanah
Fungsi- Melantik orang yang bertanggungjawab bagi menjaga harta, samada harta tak alih atau sebaliknya, yang dipegang oleh satu pihak untuk kepentingan pihak lain.



